OPT Raya Exclusive

OPT Raya Exclusive

Buat julung kalinya , OPT akan melancarkan koleksi raya 2023. Koleksi ini akan memperagakan pakaian tradisional yang  direka khas oleh kami sebagai pelengkap hari raya Aidilfitri anda. Terdapat 3 produk merangkumi sampin , baju melayu hingga ke butang baju melayu. 


Mengekalkan identiti sebagai sebuah jenama "streetwear", sampin direka dengan design ikonik OPT monogram yang melambangkan kebanggaan setiap pemakai. Hadir dengan empat warna eksklusif bagi  membina keyakinan dan daya penarik kepada pemakai yang memperagakan sampin monogram OPT.


Manakala baju melayu , OPT telah bekerjasama dengan jenama baju melayu terkemuka tempatan iaitu Elrah Eksklusif untuk memberikan sentuhan yang luar biasa kepada koleksi kali ini. Hadir dengan dua pilihan warna iaitu hitam dan krim (sand beige) yang melambangkan ketampanan lelaki melayu. 


Baju Melayu Elrah juga telah disempurnakan dengan butang terbaru OPT yang dibuat menggunakan batu zirkon untuk memberikan lebih sinaran pada butang berbanding batu biasa.


Tampil berbeza, tampil bergaya dengan OPT Raya Eksklusif. Kuantiti adalah terhad . Produk boleh didapati terus di website dan agent2 terpilih.


*Lihat lookbook penuh di gallery


Pelancaran rasmi 

3 Mac 2023

10 pagi

Website rasmi www.oneplustwo.my


Penulis : Haris Shariff

Related products